khas untuk para pembaca artikel, gosip-gosip panas yang berkaitan dengan agama-agama di malaysia.
Nama saya Holly & saya seorang Kristian. Yup! K.R.I.S.T.I.A.N. & saya bangga dengan agama saya sendiri. Tapi saya juga hormat dengan agama lain sebab kebanyakan kawan-kawan saya adalah dari agama lain. So please (dear penulis surat khabar, blog, facebook, etc.), jangan cuba memburuk-burukkan agama orang lain. Just because agama dorang tidak sebagus agama kamu, jangan la cuba buat-buat cerita palsu yang melampau (omong kosong orang Indon bilang).
Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, terdapat banyak percanggahan dalam setiap artikel (agama Kristian) yang telah saya baca, di mana ianya seolah-olah direka / ditokok-tambah oleh individu yang suka mengapi-apikan masyarakat berbilang agama. Pada pendapat saya, individu ini adalah mereka yang mempunyai pelbagai masalah (mental atau fizikal) di mana mereka tidak dipandang langsung & tidak dipedulikan oleh masyarakat sekeliling mereka. Dalam erti kata lain: Golongan Tersisih. Oleh sebab itu, mereka secara di-sebalik-tabirnya membuat pernyataan kononnya agama XXXX ini adalah salah & sesiapa yang masih menganuti agama XXXX ini tidak diterima masuk ke syurga & akan masuk ke neraka (konon la). Bagi saya ini semua BULSHIT!RUBBISH! hanya mereka yang kurang didikan agama@tiada didikan moral saja akan mempercayai benda-benda karut sebegini. Untuk apa mereka (penulis artikel) membuat pernyataan karut sebegini kalau kajian yang mereka lakukan tentang agama XXXX itu cuma seciput.
Ok sebagai contoh : (sila baca link ini http://www.froyoplus.com/kisah-ketua-paderi-sabah-masuk-islam/) artikel yang 100% tidak boleh percaya! untuk pengetahuan semua, Paderi tidak ada elaun sehingga RM5,000.00 (perenggan 33, baris ke-2). Paling-paling pun RM500.00. Untuk apa duit yang banyak??Bukannya paderi ada isteri/anak untuk disara pun. Pada perenggan ke-7 (sesi dialog bersama Pope John Paul) setiap mereka yang berbicara dengan ketua paderi ini harus memanggil paderi ini "Pope" dan bukannya "Paul". Ia sama seperti kita memanggil orang besar seperti "Datuk", "Tuan Pengetua" atau "Encik".
Untuk Perenggan ke-9 pula, di dalam agama Kristian, SEMUA manusia mempunyai dosa (termasuk paderi itu sendiri). Selain itu, dalam agama kristian, Jesus Christ adalah UTUSAN kepada tuhan (perenggan ke-10). Dia bukan Tuhan, juga bukan Nabi. Dia diutus untuk menghapus dosa manusia yang percaya kepada Tuhan. Tanggungjawab para paderi sama seperti Jesus - mengampuni dosa umat yang datang kepada mereka - sehingga Jesus sendiri turun ke bumi buat kali ke-2 (kepercayaan agama Kristian).
Selain itu pada perenggan ke-11, 7 rukun yang disebutkan dalam artikel ini sebenarnya dipanggil 7 Sakramen (bukannya Ekaristi) iaitu Sakramen Pembaptisan, Sakramen Penyambutan(Ekaristi), Sakramen Penguatan, Sakramen Pertobatan, Sakramen Pengurapan Orang Sakit, Sakramen Perkahwinan, dan Sakramen Imamat. Apa yang ditulis didalam artikel tersebut adalah salah, baik jenis mahupun turutan Sakramen itu sendiri.
Sakramen pertama (Pembaptisan) dilakukan sewaktu bayi di mana kepala bayi dituang sedikit dengan air berkat yang berwarna jernih (BUKAN HITAM seperti yang ditulis dalam sesetengah artikel). Sakramen ke-2 (Penyambutan/Ekaristi) - menyambut tubuh & darah Jesus dalam bentuk roti & anggur - berlaku sewaktu berumur seawal 10 tahun & keatas. Sakramen ke-3 (Penguatan) - untuk menguatkan iman - dilakukan ketika mereka berumur 15 tahun & keatas. Sakramen ke-4 (Pertobatan) - dilakukan untuk meminta penghapusan/pengampunan dosa - tidak kira umur & masa. Sakramen ke-5 (Pengurapan Orang Sakit) - untuk memberkati mereka yang sakit (selalunya yang sakit tenat; tujuannya untuk mengampuni dosa). Sakramen ke-6 (Perkahwinan) - dilakukan untuk mereka yang hendak berkahwin, namun pasangan itu haruslah mempunyai Sakramen pertama sehingga ketiga. Sakramen ke-7 (Imamat) - khas untuk mereka yang ingin menjadi paderi sahaja.
Contoh yang ke-2 pula: https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/s720x720/531550_479890605411972_1426163140_n.jpg
saya tidak tau la penulis ini sengaja tokok tambah cerita atau pernyataan ini memang dari mulut orang yang ditemu-ramah. Tapi pada pendapat saya, apa yang pihak rumah perlindungan lakukan itu adalah untuk kebaikan keluarga si lelaki ini juga. Perenggan ke-5 menyatakan bahawa si lelaki berjaya mengatasi masalah ketagihannya melalui kaunseling yang diberi oleh rumah perlindungan ini. Bukan kah perkara ini sesuatu yang baik? Selain itu pada perenggan yang ke-8 menyatakan bahawa mereka dilarang mengambil minuman keras & melakukan perkara terlarang. Semua agama pun mengamalkan larangan ini. Tetapi mungkin kerana faktor rumah perlindungan yang penuh dengan suasana "kekristianan" menyebabkan beliau merasakan bahawa diri beliau & keluarga (yang berlainan agama) agak tergugat & terancam. Lalu beliau mengambil keputusan untuk membawa keluarga bersama melarikan diri dari rumah perlindungan itu. Sudah tentu para pembaca artikel ini akan menunding jari kepada pihak rumah perlindungan tersebut. Pada pendapat saya, perkara ini harus dipandang serius kerana melibatkan agama dan maruah. Harus disiasat secara serius dari pelbagai sudut oleh semua pihak.
Secara keseluruhannya, terdapat banyak artikel di luar sana (selain berkaitan agama) yang tidak harus kita percaya 100% kerana artikel-artikel tersebut hanya boleh dibuat sebagai bahan bacaan dan informasi terkini sahaja. Oleh itu sebagai pembaca yang bijak, kita harus melihat segala cerita/informasi melalui pelbagai sudut pandangan kerana sekiranya terdapat percanggahan, kita tahu yang mana satu rekaan dan yang mana satu betul.
No comments:
Post a Comment