Friday, July 26, 2013

4 Cultures in Malaysia??

the photo above is taken from someone's facebook : a picture of primary student's workbook

Attention to all bloggers: please spread the news that during Pesta Kaamatan, Menikmati Tapai (an alcoholic drink) is NOT ONE OF THE MAJOR ACTIVITY. And the dance (tarian) should be Tarian Sumazau instead of "Menari". Other activities that can be included are Unduk Ngadau Kaamatan (Kaamatan Beauty Peagent) and Sugandoi (Singing contest).

Attention to schoolbook / workbook writer: please be more sensitive at your writing skill. This kind of stuff can give bad impression about the Kadazans to the young children (besides, this type of workbook is for those primary school student kan). 

Macam mana la mo jadi 1Malaysia ni?? yang lain di kasi kusung, tapi yang "Kadazan" awal-awal ditulis suda jawapan. Jawapan yang buruk lagi tu! Bikin kuyak saja ini penulis dia ooh..

Sunday, July 14, 2013

tolong la jangan percaya 100% cerita rekaan d internet

khas untuk para pembaca artikel, gosip-gosip panas yang berkaitan dengan agama-agama di malaysia.

Nama saya Holly & saya seorang Kristian. Yup! K.R.I.S.T.I.A.N. & saya bangga dengan agama saya sendiri. Tapi saya juga hormat dengan agama lain sebab kebanyakan kawan-kawan saya adalah dari agama lain. So please (dear penulis surat khabar, blog, facebook, etc.), jangan cuba memburuk-burukkan agama orang lain. Just because agama dorang tidak sebagus agama kamu, jangan la cuba buat-buat cerita palsu yang melampau (omong kosong orang Indon bilang).

Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, terdapat banyak percanggahan dalam setiap artikel (agama Kristian) yang telah saya baca, di mana ianya seolah-olah direka / ditokok-tambah oleh individu yang suka mengapi-apikan masyarakat berbilang agama. Pada pendapat saya, individu ini adalah mereka yang mempunyai pelbagai masalah (mental atau fizikal) di mana mereka tidak dipandang langsung & tidak dipedulikan oleh masyarakat sekeliling mereka. Dalam erti kata lain: Golongan Tersisih. Oleh sebab itu, mereka secara di-sebalik-tabirnya membuat pernyataan kononnya agama XXXX ini adalah salah & sesiapa yang masih menganuti agama XXXX ini tidak diterima masuk ke syurga & akan masuk ke neraka (konon la). Bagi saya ini semua BULSHIT!RUBBISH! hanya mereka yang kurang didikan agama@tiada didikan moral saja akan mempercayai benda-benda karut sebegini. Untuk apa mereka (penulis artikel) membuat pernyataan karut sebegini kalau kajian yang mereka lakukan tentang agama XXXX itu cuma seciput.

Ok sebagai contoh : (sila baca link ini http://www.froyoplus.com/kisah-ketua-paderi-sabah-masuk-islam/) artikel yang 100% tidak boleh percaya! untuk pengetahuan semua, Paderi tidak ada elaun sehingga RM5,000.00 (perenggan 33, baris ke-2). Paling-paling pun RM500.00. Untuk apa duit yang banyak??Bukannya paderi ada isteri/anak untuk disara pun. Pada perenggan ke-7 (sesi dialog bersama Pope John Paul) setiap mereka yang berbicara dengan ketua paderi ini harus memanggil paderi ini "Pope" dan bukannya "Paul". Ia sama seperti kita memanggil orang besar seperti "Datuk", "Tuan Pengetua" atau "Encik".

Untuk Perenggan ke-9 pula, di dalam agama Kristian, SEMUA manusia mempunyai dosa (termasuk paderi itu sendiri). Selain itu, dalam agama kristian, Jesus Christ adalah UTUSAN kepada tuhan (perenggan ke-10). Dia bukan Tuhan, juga bukan Nabi. Dia diutus untuk menghapus dosa manusia yang percaya kepada Tuhan. Tanggungjawab para paderi sama seperti Jesus - mengampuni dosa umat yang datang kepada mereka - sehingga Jesus sendiri turun ke bumi buat kali ke-2 (kepercayaan agama Kristian).

Selain itu pada perenggan ke-11, 7 rukun yang disebutkan dalam artikel ini sebenarnya dipanggil 7 Sakramen (bukannya Ekaristi) iaitu Sakramen Pembaptisan, Sakramen Penyambutan(Ekaristi), Sakramen Penguatan, Sakramen Pertobatan, Sakramen Pengurapan Orang Sakit, Sakramen Perkahwinan, dan Sakramen Imamat. Apa yang ditulis didalam artikel tersebut adalah salah, baik jenis mahupun turutan Sakramen itu sendiri.

Sakramen pertama (Pembaptisan) dilakukan sewaktu bayi di mana kepala bayi dituang sedikit dengan air berkat yang berwarna jernih (BUKAN HITAM seperti yang ditulis dalam sesetengah artikel). Sakramen ke-2 (Penyambutan/Ekaristi) - menyambut tubuh & darah Jesus dalam bentuk roti & anggur - berlaku sewaktu berumur seawal 10 tahun & keatas. Sakramen ke-3 (Penguatan) - untuk menguatkan iman - dilakukan ketika mereka berumur 15 tahun & keatas. Sakramen ke-4 (Pertobatan) - dilakukan untuk meminta penghapusan/pengampunan dosa - tidak kira umur & masa. Sakramen ke-5 (Pengurapan Orang Sakit) - untuk memberkati mereka yang sakit (selalunya yang sakit tenat; tujuannya untuk mengampuni dosa). Sakramen ke-6 (Perkahwinan) - dilakukan untuk mereka yang hendak berkahwin, namun pasangan itu haruslah mempunyai Sakramen pertama sehingga ketiga. Sakramen ke-7 (Imamat) - khas untuk mereka yang ingin menjadi paderi sahaja.


Contoh yang ke-2 pula: https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/s720x720/531550_479890605411972_1426163140_n.jpg
saya tidak tau la penulis ini sengaja tokok tambah cerita atau pernyataan ini memang dari mulut orang yang ditemu-ramah. Tapi pada pendapat saya, apa yang pihak rumah perlindungan lakukan itu adalah untuk kebaikan keluarga si lelaki ini juga. Perenggan ke-5 menyatakan bahawa si lelaki berjaya mengatasi masalah ketagihannya melalui kaunseling yang diberi oleh rumah perlindungan ini. Bukan kah perkara ini sesuatu yang baik? Selain itu pada perenggan yang ke-8 menyatakan bahawa mereka dilarang mengambil minuman keras & melakukan perkara terlarang. Semua agama pun mengamalkan larangan ini. Tetapi mungkin kerana faktor rumah perlindungan yang penuh dengan suasana "kekristianan" menyebabkan beliau merasakan bahawa diri beliau & keluarga (yang berlainan agama) agak tergugat & terancam. Lalu beliau mengambil keputusan untuk membawa keluarga bersama melarikan diri dari rumah perlindungan itu. Sudah tentu para pembaca artikel ini akan menunding jari kepada pihak rumah perlindungan tersebut. Pada pendapat saya, perkara ini harus dipandang serius kerana melibatkan agama dan maruah. Harus disiasat secara serius dari pelbagai sudut oleh semua pihak.


Secara keseluruhannya, terdapat banyak artikel di luar sana (selain berkaitan agama) yang tidak harus kita percaya 100% kerana artikel-artikel tersebut hanya boleh dibuat sebagai bahan bacaan dan informasi terkini sahaja. Oleh itu sebagai pembaca yang bijak, kita harus melihat segala cerita/informasi melalui pelbagai sudut pandangan kerana sekiranya terdapat percanggahan, kita tahu yang mana satu rekaan dan yang mana satu betul.

Happy Fullmoon to baby Haven!!! (13.7.2013)

Dear baby Haven,

Happy Fullmoon day! what a nice name you have.. hope you stay strong and healthy! we will always be by your side! hihi..

p/s: to the parent: we all are patiently waiting for your full story.. A to Z ok.. :)

Wednesday, January 23, 2013

A Letter For Aunt XX

Dear Aunt XX,

You are the most good aunt I've ever met in my real life. I know you are protective to your child (especially your daughter), but do you know that you are being too protective where you cannot stop asked me about her, what she do today, where is she going, etc. Your daughter is a good person, and she is clever enough to prevent / protect herself from doing those bad-attitude-thingy. She is still a responsible daughter and will not change her responsibility as a child, a woman, and as a student. I hope Aunt can listen to her thoughts, her problems, even her love life, please don't just listen to other people thoughts or words. Some people might not know the truth. So Aunt, please don't stop believing your daughter. Have faith in her..

From YY

Sunday, August 19, 2012

My 1st Job!!!

tadaaa~ hello..long time didn't update this blog oo..haha..okie..

Latest news is:
1) i already ended up my life as UMS student - got lots of memories..too much..nda dapat dikira punya memori..kalau ada masa, cek-cek la facebook i kio..hihi ^___^

2) time cuti, dapat dua saja interview (1 untuk contractor, 1 untuk SSTC punya Safety & Health)..tapi dua2 pun nda dapat..aihh~~ last2, dapat panggilan untuk interview yang ke-3..civil engineer d 1 Contractor Company..& i got it!!YEAHHH!! Thanks for Senior yg recommend me to his bos (now is my boss..hehe)..si senior mo pindah p company lain pula.patut la si boss trima trus..hmm so skarang suda 2 minggu kerja d Wilayah Jasa Sdn Bhd..siuk ba juga di sana..dlm opis..nanti baru p site..tunggu boss bawa..hehe..oo ya ni na gambar staff2 d company tu..santik2 ba hehe..


from left: Helen(baju taris2), Lisal(baju Itam, senior yg mo pindah tu), Astrid (paling putih tu,urang p'pang), Rafidah(baju ijau2, campin supiking cina ba dia), Moses(praktikal d sana, mesra alam punya orang)

tadaaa..ni la staff2 yg banyaaak cerita time d opis..lucu lagi tu..haha..kami makan burger king d segama ni..time lunch break..tu na baju itam yg blanja..muahaha!!hmm mungkin cari2 pengalaman dulu di sini company kan, lepas tu baru p government punya..hehe..

orai..itu sja la stakat update story untuk skarang ni..len kali sambung crita lagi la k..until we meet again next time~~adios~

Monday, July 18, 2011

THE HOLY ALPHABET

saja kongsi2 hehe..lamaa suda nda update kan..teda masa mo tingu baa..hihi..umph okey ni abjad2 teda kaitan lgsung sama sepa2..just for sharing saja aa..sharing is caring kan..hehe...& ni ayat2 aku copy paste dari fb sja..sanang krja..muahaha..enjoy~

A-lthough things are not perfect
B-ecause of trial or pain
C-ontinue in thanksgiving
D-o not begin to blame
E-ven when the times are hard
F-ierce winds are bound to blow
G-od is forever able
H-old on to what you know
I-magine life without His love
J-oy would cease to be
K-eep thanking Him for all the things
L-ove imparts to thee
M-ove out of "Camp Complaining"
N-o weapon that is known
O-n earth can yield the power
P-raise can do alone
Q-uit looking at the future
R-edeem the time at hand
S-tart every day with worship
T-o "thank" is a command
U-ntil we see Him coming
V-ictorious in the sky
W-e'll run the race with gratitude
X-alting God most high
Y-es, there'll be good times and yes some will be bad, but...
Z-ion waits in glory....where none are ever sad!

"I AM Too blessed to be stressed!" The shortest distance between a problem and a solution is the distance between your knees and the floor.
The one who kneels to the Lord can stand up to anything. Love and peace be with you forever, Amen.

Tuesday, April 12, 2011

Running Man



currently addicted to this game show (bkan addicted to korean artist ahh..tp addicted dia punya game show sahaja..siuk!bikin katawa maa)..cuba la klau game yg mcm ni ada d malaysia..gerenti budak2, orang tua smua duduk 24jam dpn tv..ketawa gila2..ilang juga stress dorang kan..hoho

k ni la antara scene yg plg d minati...haha
episod 22 punya scene..


time ni dorang sdg nyanyi lagu karoling..haha



sparta kook & gary & haroro



oppss...ok yg ni bkn scene dlm running man..tp aku suka tingu ni gmbar...hihi

k tu ja...ada lagi game show yg lain kan..nanti p kurik2..
muahahaha